12 August 2014

PETUA, ORANG TUA-TUA



TEKNIK MENURUNKAN BERAT BADAN

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya :
Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah limau tadi ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.

Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan.
Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. limau nipis juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi.
 
sila amalkan untuk keberkesanan yang sempurna..
 
wassalam. 
 


___________________________________





MENANGANI MASALAH PELAJAR SEKOLAH.

CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR yang suka merosakkan harta benda atau vandalism .
Objektif: Peserta akan menyatakan bagaimana menangani masalah vandalisme Material: Alatulis / Kad /kertas keras Perlaksanaan:
1. Fasilitator dan peserta menyebut zikir Allah mendengar ku Allah melihat ku Allah melihat dan mendengar apa yang aku lakukan

2. Fasilitator menunjukkan gambar-gambar atau slide harta awam yang dirosakkan dan meminta komen dari peserta.

3. Perbincangan antara fasilitator dan peserta tentang perlakuan/ vandalisme yang sering dilihat.

4. Peserta diminta memberi cadangan tahap umur pelajar yang melakukan vandalism dan sebab mereka lakukan vandalism.

5. Fasi meminta pendapat pelajar cara pencegahan vandalism dan memupuk semangat masyarakat untuk menyayangi harta awam.

6. Fasilitator membincangkan kepentingan dan besarnya nikmat Allah kepada manusia serta Allah sentiasa menilai dan melihat apa yang dilakukan.

7. Perlunya menjaga harta awam dan harta orang lain demi kebahagian dan ketenteraman awam

Kesimpulan:
• Kenalpasti tingkah laku bermasalah pelajar suka merosakkan barangan .
• Pelajar bermasalah perlu dirujuk kepada Guru Bimbingan. Guru bimbingan akan menerokai masalah dan pelajar diberikan bimbingan.
• Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menentukan matlamat bimbingan.
• Guru bimbingan perlu memberikan nasihat atau kata-kata perangsang yang boleh membawa kepada perubahan tingkah laku.
• Peneguhan positif diberikan secara terus sekiranya pelajar sudah mula berubah dan mencapai matlamat yang diinginkan.
• Kempen cintai alam selamat mencuba .

wassalam..

10 August 2014

KELEBIHAN TAHJUD ( Solat Malam )




KELEBIHAN TAHJUD

Ada sembilan kelebihan mereka yang bertahjud (solat malam):
lima akan di balas di dunia, manakala empat di balas di akhirat.
Ada 5 Balasan di dunia(1.) Allah akan selamatkan mereka dari malapetaka dan bencana
(2.) Berkat akan nampak ke atas wajahnya
(3.) Di sukai oleh hamba-hamba Allah di dunia
(4.) Percakapan dan ucapannya akan penuh hikmah
(5.) Di jadikan Allah orang yang bijaksana( org berilmu)Seterusnya akan mendapat ganjaran di akhirat


Manakala balasan di akhirat ada 4 balasan.

(1.) Akan di pimpin dari kubur dgn wajah berseri-seri
(2.) Diringankan perhitungannya/ hisabnya
(3.) Di permudahkan oleh Allah di titian siratal-mustakim
(4.) Menerima catatnnya dari tangan Kanan



Moga-moga sentiasalah bertahjud dan jadikanlah amalan ini sebagai amalan harian tuan/puan





.Untuk kesihatan tuan/puan sila kesini.. KLIK.

02 November 2013

KEPIMPINAN & ORGANISASI




Seorang pemimpin tidak semestinya hanya seorang Pengarah ataupun seseorang yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi. Tetapi mereka yang mampu mempengaruhi organisasi ke arah pencapaian matlamat juga boleh diklasifikasikan sebagai pemimpin berasaskan kemampuan memimpin menggunakan kebijaksanaan, kemahiran, pengalaman, tahap senioriti dan sebagainya.
Kepimpinan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Teori Kepimpinan Laluan Matlamat (Path Goal Theory) yang diperkenalkan oleh Robert House mencadangkan bahawa tingkah laku pemimpin seharusnya dilihat sebagai suatu tindakan yang boleh memotivasikan pekerja.