12 August 2014

MENANGANI MASALAH PELAJAR SEKOLAH.

CARA MENGATASI MASALAH PELAJAR yang suka merosakkan harta benda atau vandalism .
Objektif: Peserta akan menyatakan bagaimana menangani masalah vandalisme Material: Alatulis / Kad /kertas keras Perlaksanaan:
1. Fasilitator dan peserta menyebut zikir Allah mendengar ku Allah melihat ku Allah melihat dan mendengar apa yang aku lakukan

2. Fasilitator menunjukkan gambar-gambar atau slide harta awam yang dirosakkan dan meminta komen dari peserta.

3. Perbincangan antara fasilitator dan peserta tentang perlakuan/ vandalisme yang sering dilihat.

4. Peserta diminta memberi cadangan tahap umur pelajar yang melakukan vandalism dan sebab mereka lakukan vandalism.

5. Fasi meminta pendapat pelajar cara pencegahan vandalism dan memupuk semangat masyarakat untuk menyayangi harta awam.

6. Fasilitator membincangkan kepentingan dan besarnya nikmat Allah kepada manusia serta Allah sentiasa menilai dan melihat apa yang dilakukan.

7. Perlunya menjaga harta awam dan harta orang lain demi kebahagian dan ketenteraman awam

Kesimpulan:
• Kenalpasti tingkah laku bermasalah pelajar suka merosakkan barangan .
• Pelajar bermasalah perlu dirujuk kepada Guru Bimbingan. Guru bimbingan akan menerokai masalah dan pelajar diberikan bimbingan.
• Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menentukan matlamat bimbingan.
• Guru bimbingan perlu memberikan nasihat atau kata-kata perangsang yang boleh membawa kepada perubahan tingkah laku.
• Peneguhan positif diberikan secara terus sekiranya pelajar sudah mula berubah dan mencapai matlamat yang diinginkan.
• Kempen cintai alam selamat mencuba .

wassalam..

No comments:

Post a Comment